2020-10-15
Berikut adalah keputusan yang telah dicapai pada mesyuarat ketujuh Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 yang telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini, 15 Oktober 2020:
1. Selepas meneliti laporan daripada Pegawai Penilai Pengadil bagi setiap perlawanan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020, jawatankuasa berpendapat bahawa prestasi keseluruhan pengadil dan penolong pengadil sepanjang musim ini adalah pada tahap memuaskan...