2021-03-01
Skuad Projek FAM-MSN, hari ini secara rasmi mengumumkan KELME sebagai penaja rasmi kit skuad Projek FAM-MSN untuk tempoh dua tahun.
Perjanjian penajaan bernilai RM500,000 itu telah ditandatangani antara Pengurus Pasukan Skuad Projek FAM-MSN, Encik Mohd Joehari Mohd Ayub dan Pengarah KELME, Encik Choong Tuck Wai di Wisma FAM, pagi ini.
Pada 10 Disember 2020, Persatuan Bolasepak (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumumkan usaha sama membentuk pasukan...