Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjadi individu pertama yang menerima kedua-dua jersi 'home' dan jersi 'away' Malaysia 2020-2022 daripada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat, 4 Disember 2020.
Ia turut disaksikan oleh tiga Naib Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan, Dato' S. Sivasundaram dan Datuk Haji Rosmadi Ismail; dua Exco FAM, ACP (B) Md Dali Wahid dan Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar serta Setiausaha Agung FAM...