2020-10-31
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan bahawa Felda United dan UKM FC telah gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh.
Ia sekali gus turut menyebabkan Felda United dan UKM FC tidak layak untuk menyertai liga anjuran Malaysian Football League (MFL) bagi musim 2021, sama ada CIMB Liga Super atau Liga Premier.