2020-10-05
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengesahkan bahawa kesemua 21 pasukan telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan dari persatuan bola sepak (FA) ke FC.
Ini termasuk sembilan pasukan yang sebelum ini dinyatakan masih dalam proses ketika FAM mengeluarkan siaran media pada 23 September 2020, seminggu sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 September 2020. Pasukan-pasukan ini adalah Selangor FA...