2020-03-20
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa pasukan Melaka telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata secara serta merta bagi saingan CIMB Liga Super 2020 di atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara 'teleconferencing' bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain, hari ini.