2020-02-03
Sebahagian daripada langkah proaktif yang telah diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun lalu adalah memastikan semua pasukan mengemukakan Deklarasi Berkanun masing-masing iaitu mengisytiharkan sebarang tunggakan hutang, jika ada pada 30 November 2019.
Selepas meneliti Deklarasi Berkanun yang dikemukakan semua pasukan, FAM telah membuat satu ketetapan menerusi surat yang dihantar kepada tiga pasukan iaitu Melaka, PDRM dan Kelantan pada 15 Januari 2020...