2019-09-05
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa tiket bagi menyaksikan perlawanan kedua Kumpulan G, saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia lwn UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 September 2019 telah mula dijual secara online, hari ini.
Para penyokong Harimau Malaya sudah boleh membelinya sekarang di www.tickethotline.com.my dengan harga RM30 (Terbuka) dan RM50 (Grandstand), tidak termasuk caj pemprosesan sehingga jam 11.59 malam pada Isnin...