2018-07-28
Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2017-2021 pada 25 Julai 2018 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:
1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Noor Hazrul Bin Mohd Mustafa terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji
Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM55,000 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.